Dataran Merdeka Berselawat 2013

Dataran Merdeka Berselawat 2013

Isnin, 25 Januari 2010

Pembuka Jalan Mendekatkan diri Kepada ALLAH::

PEmbuka Jalan Mendekatkan diri Kepada ALLAH::






Al-faqier maok promote sikit ngan saudara- saudari sekalian (terutama yang di Kuching), sebuah buku, yang disusun oleh As-Sayyid Muhammad b Alawi Al-Attas, guru yang mulia, salah seorang murid kepada Almarhum Al-Allamah Al-Muhaddith As-Sayyid Muhammad b Alawi b Abbas Al-Maliki Al-Idrisi Al-Hasani, seorang alim, seorang waliyullah dari kota Haramain.



Buku yang berjudul PEMBUKA JALAN MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH ini mengandungi pengobat-pengobat jiwa seperti surah yaasin, ratib al-attas serta zikir-zikir dan fadhilatnya ini telah disusun oleh sang guru dengan harapan pengamalanya akan mendekatkan lagi diri dengan Allah swt, serta menambahkan lagi kecintaan kepada Sayyidina Rasulillah saw.



Untuk yang tidak mengenali, Al-Habib adalah pendiri pondok pasentren Dar Al-Khairat, atupun lebih dikenali dengan nama Pasentren Sayid Muhammad Al-Attas, di Kampung Gita di Kuching.



Beliau adalah guru mulia cucu Rasulullah s.a.w dari jalur Saiyyidina Husaini dari marga Al-Attas, berasal dari Acheh, Sumatera Indonesia dan antara 8 orang pembaca qasidah yang dipilih khusus oleh gurunya Al-Habib Maliki sewaktu belajar di Makkah.



Sudah mampir lama di Kuching Sarawak, dan selayaknya dimanfaatkan oleh masyarakat atas ilmunya, dan sudah diyakini akan sanad ilmunya dari guru yang mulia As-Sayyid Muhammad Al-Maliki, yang juga guru kepada Syeikh Nuruddin, guru Syeikh Fuad Al-Maliki, guru Syeikh Fahmi Zam Zam, dan guru kepada ramai lagi ulama’-ulama’ nusantara dan seluruh dunia yang ada sekarang.



Al-faqier berharap agar sama-sama kita manfaatkan beliau, terutama rakan-rakan dari Kuching, dengan menghadiri kelas-kelas yang beliau adakan seperti yang tercatit di jadual kuliyyah(rujuk di sebelah).



Al-faqier juga nak promosi buku susunan beliau, dengan harga RM15.00 sahaja, apalah sangat harganya… Di dalam nya juga ada kata aluan dari Mufti Negeri Sarawak, Datu Haji Loling Othman Haji Alwi, dan ijazah dari gurunya yang mulia, Almarhum Al-Allamah Al-Muhaddith As-Sayyid Muhammad b Alawi b Abbas Al-Maliki Al-Idrisi Al-Hasani.



Untuk Tempahan, sila hubungi al-faqier, 012-8806911



http://assagaf.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan