Dataran Merdeka Berselawat 2013

Dataran Merdeka Berselawat 2013

Ahad, 11 November 2012

Kitab 6 Perkara Asas Memahami Khilafiyyah




Latar belakang kitab ini:

Membincangkan beberapa perkara yang perlu difahami di dalam kerangka memahami perkara-perkara khilafiyyah.

Harga:
RM 30 (SM Malaysia) ,RM 33 (Sabah/Sarawak)
Terbitan: Mawleed Publishing.
Bilangan Muka Surat: 294 halaman

******************
Kitab Persoalan Khilafiyyah & Penjelasan Ulama Inilah Jawapannya

Latar belakang kitab ini:

Buku ini merupakan kesinambungan dari buku yang bertajuk “6 Perkara Asas Khilafiyyah”. Di dalam buku ini dikumpulkan segala persoalan-persoalan yang bersifat khilafiyyah. Walau bagaimanapun, terdapat juga persoalan tentang aqidah dan persoalan yang sudah diijma’kan oleh para ulama’.Ia dimuatkan juga kerana ia sering dibangkitkan dalam masyarakat.Perkara-perkara yang sudah sekian lama diamalkan dalam masyarakat Islam di negara ini dan di dunia Islam amnya, sebenarnya ia mempunyai dasar dan dalil yang jelas yang dipertanggungjawabkan.Tidaklah benar jika dikatakan ia tidak berdasarkan tuntutan syariah, lebih-lebih lagi terkeluar dari landasan Islam. Di dalam buku ini dibentangkan penjelasan para ulama’ muktamar terhadap perkara-perkara atau persoalan yang ditimbulkan melalui rujukan mereka terhadap Al-Quran, hadith mahupun sumber-sumber istinbath yang lain.

Harga Buku:
 RM 150 (SM Malaysia), RM155 (Sabah/Sarawak)
Terbitan: Mawleed Publishing.
Bilangan Muka Surat: 915 halaman

*****************
Kitab Solat Nabi saw Menurut Mazhab Syafie

Latar Belakang kitab:

Panduan yang paling sempurna dalam sembahyang yang didirikan seperti yang ditunjukkan oleh Junjungan Mulia,Nabi Muhammad saw.Baginda bersabda: “Sembahyanglah kamu seperti mana kamu melihat aku (Rasulullah saw) sembahyang”.

Buku Solat Nabi ini hadir di hadapan para pembaca untuk menerangkan bahawa solat yang kita dirikan selama ini hakikatnya dating daripada bentuk solat Rasulullah saw yang telah diterangkan dengan lebih jelas oleh ulama’-ulama’ yang alim dalam empat mazhab terutama imam kita yakni Imam Syafie.Justeru, hendaklah kita yakin bahawa sembahyang cara mazhab Syafie adalah mengikut sembahyang cara Nabi saw.

Cara inilah yang telah dipelajari dan ditekuni oleh masyarakat Islam di Negara ini yang bermazhab syafie sejak zaman berzaman.Cara inilah yang telah dan sedang diajar malah menjadi sukatan pelajaran di sekolah rendah dan menengah KAFA dan PAFA di seluruh Malaysia, di pondok-pondok dan institusi pengajian , malah ia diajar dan dikupas dalam majlis-majlis ilmu di seluruh dunia yang bermazhab syafie.

Harga Buku:
 RM 35 (SM Malaysia), RM 58 (Sabah/Sarawak)
Terbitan: Mawleed Publishing.
Bilangan Muka Surat: 279 halaman
***************
Buku Keajaiban Firasat 63 Kisah Pengubat Jiwa

Latar belakang buku ini:

Memaparkan 63 kisah-kisah yang mampu menjadi penawar jiwa.Mengandungi kisah-kisah yang berlaku di zaman Rasulullah dan kisah-kisah yang berlaku pada zaman para solehin yang sarat dengan panduan dan pengajaran yang mendalam lagi berharga.

Harga Buku:
 RM 19 (SM Malaysia), RM 21 (Sabah/Sarawak)
Terbitan: Galeri Ilmu.
Bilangan Muka Surat: 192 halaman

*****************
Kitab Q&A Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin

Latar Belakang Buku:

Buku ini mengandungi 399 soal jawab bersama Syeikh Muhammad Nuruddin beserta jawapan dan dalil-dalil  dari sumber-sumber yang sohih.Hujah dan penjelasan yang mudah lagi mantap dari Syeikh. 399 persoalan yang terdiri daripada bab Aqidah,Feqah, Tasawuf dan lain-lain bagi merungkai permasalahan yang sering menjadi pertanyaan dalam masyarakat.

Harga Buku:
 RM 38 (SM Malaysia), RM 40 (Sabah/Sarawak)
Terbitan: Pustaka Syeikh Nuruddin (PSN) Publication.
Bilangan Muka Surat: 192 halaman

****************
Buku-buku terbaru yang akan terbit di pasaran dalam Bulan November ini.

1-Buku “Ku Balas Cintamu Wahai Rasulullah”
2-Buku “Menghilangkan Kerisauan Ummat”
3-Buku “Kenal Untuk Cinta, Kenali Sejarah Rasulullah”

***************************
Bagi sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan kitab-kitab di atas, sila rujuk pihak terbitan buku yang diberikan dan hubungi mereka pada nombor ini:

1-Tempahan kitab-kitab terbitan Mawleed Publishing:
Puan Wardah -013-3409960, mawleedpublishing@yahoo.com
2-Tempahan kitab-kitab terbitan Pustaka Syeikh Nuruddin:
PSN Publication-03-78317687/78421700
3-Sebarang kitab-kitab di atas juga boleh didapati di mana-mana Kedai Buku MPH dan Kedai Buku Popular di seluruh Malaysia.

~Sekadar menjalankan amanah,sila sebar-sebarkan~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan