Penerangan Yang Tepat
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِياَءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Segala puji bagi Allah SWT yang memerintah semesta alam, selawat dan salam kepada junjungan mulia Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga dan para sahabatnya.
Kitab ini merupakan himpunan daripada seratus permasalahan yang telah pun dijawab. Masalah-masalah inilah yang difikirkan oleh akal manusia pada kurun 14 Hijrah ini. Kadangkala ia timbul dengan cara sengaja dan kadangkala secara tidak sengaja. Ia juga sebagai ukuran untuk mengklasifikasikan keislaman seseorang yang Islam, sebagai ujian untuk mereka.
Permasalahan ini telah disebarkan oleh kebanyakan golongan, bahawa ia adalah masalah tidak diperselisihkan. Majoriti daripada kalangan mereka mendakwa bahawa mereka berada di bahagian yang benar. Maka, sesiapa yang berpendapat selain daripada mereka dianggap keluar daripada mereka dan bukan golongan mereka. Mereka juga dianggap fasiq, menyeleweng, ataupun dengan kata yang lain, mereka ini tidak berpegang teguh dengan agama dan mempermudahkan dalam agama. Ataupun dituduh dengan tuduhan tidak mencintai Rasulullah SAW, seorang yang keras hati, menyerupai Arab badawi pada zaman dahulu yang kasar kelakuannya, ataupun munafiq, kafir dan syirik.
Golongan tersebut mengalih pandangan orang-orang Islam ke arah mementingkan masalah-masalah ini, sekalipun ia adalah masalah khilafiah di kalangan para ulama’ ’fiqh, yang mana setiap mazhab mempunyai dalil mereka tersendiri, walaupun masalah yang disepakati dikalangan para ulama’ fiqh lebih banyak daripada masalah yang diperselisihkan.
Sehinggakan sebahagian daripada mereka mengukur permasalahan fiqh yang terdapat di kalangan ulama’ salaf berdasarkan bentuk khilafnya, terdapat lebih daripada sejuta masalah. Ini bermakna permasalahan ini tidak lebih daripada satu masalah, yang mana setiap daripadanya terdapat sepuluh ribu masalah pula.
Adakah boleh diterima akal bahawa kita bersepakat dalam sepuluh ribu masalah, sedangkan apabila kita berselisih dalam satu masalah, kita meninggikan suara (berhujah) terhadap pandangan lain? Maka ia akan menjadi satu bentuk jihad tanpa pemikiran yang mendalam. Ini menunjukkan bahawa di sana terdapat kekosongan atau kecelaruan pemikiran, dan juga kekosongan ilmu, lebih-lebih lagi ia merupakan kerompangan terhadap pemerhatian dalam agama.
Saya ingin menjelaskan bahawa buku ini mengandungi dalil-dalil yang dipegang oleh para ulama’ dalam mengemukakan jawapan terhadap beberapa persoalan. Ia merupakan pendapat Jumhur Ulama’ dan keyakinan bahawa permasalahan ini mempunyai kesepakatan.
Bahkan kita melihat perbezaan di kalangan para ulama’ atau apabila kita melihat perbezaan kebanyakan Jumhur Ulama’, tidak seharusnya kita meletakkan masalah ini mengikut kelompok-kelompok umat Islam tertentu. Sebaiknya, skop perbahasan ini perlu mengikut acuan berpandukan Allah SWT dan Rasululllah SAW.
Semoga Allah SWT memberi manfaat dengan permasalahan ini, bagi menghilangkan kesamaran dan berusaha untuk menyatukan umat Islam di atas beberapa kaedah,
Pertama:
إِنَّـمَا يُنْـكَرُ المُتَّـفِقُ عَلَيْـهِ, وَلاَ يُنْـكَرُ المُخْتَـلَفُ فِيْـهِ
Apa yang dinafikan ialah perkara yang disepakati oleh ulama' dan tidak pula dinafikan perkara yang diperselisihkan oleh pendapat ulama’.
Kedua:
لاَ يُـعْتَـرَضُ بِـمَذْهَـبٍ عَلَـى مَذْهَـبِ
Tiada pertembungan mazhab dengan mazhab yang lain.
Ketiga:
الإِجْتِـهَادُ لاَ يُنْـقَضُ بِالإِجْتِـهَادِ
Ijtihad tidak dibatalkan dengan ijtihad yang baru.
Saya telah membahagikan buku ini kepada lima bab seperti berikut:
Bab Pertama : Persoalan umum mengenai Islam dan Aqidah
Fasal 1 : Persoalan tentang pengertian Islam dan menolak kesamaran
Fasal 2 : Persoalan tentang Pegangan dan Tauhid
Bab Kedua : Persoalan berkaitan dengan Nabi SAW dan Fiqh Islam
Fasal 1 : Persoalan yang berkaitan dengan Nabi SAW
Fasal 2 : Persoalan yang berkaitan dengan Fiqh Islam dan sebab-sebab perbezaan pendapat.
Bab Ketiga : Persoalan berkaitan ibadat
Fasal 1 : Persoalan tentang zikir
Fasal 2 : Persoalan tentang solat
Fasal 3 : Persoalan tentang zakat
Fasal 4 : Persoalan tentang puasa
Fasal 5 : Persoalan tentang haji.
Bab Keempat : Persoalan berkaitan tasawwuf dan sufi
Bab Kelima : Persoalan berkaitan dengan ibadat
Semoga Allah SWT menjadikan neraca timbangan yang yang baik pada Hari Kiamat.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Prof. Dr. Ali Muhammad Jum’ah Muhammad Abdul Wahab
Mufti Republik Arab Mesir,
Kaherah: Ramadan 1426 H / Oktober 2005 M
Tiada ulasan:
Catat Ulasan