Dataran Merdeka Berselawat 2013

Dataran Merdeka Berselawat 2013

Rabu, 28 September 2011

Kitab Penawar Bagi Hati dalam proses cetak


Kitab Penawar Bagi Hati dalam proses cetak

KATA PENERBIT
]
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ
عَلَى أَشْرَفِ الأَنْبِياَءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Berkuasa yang telah menjadikan kita semua dan alam ini sebagai tanda keagunganNya. Dialah Yang Maha Berilmu lagi Maha Mengetahui akan setiap sesuatu yang tidak diketahui oleh para hambaNya.
Selawat dan salam dengan penuh sulaman kasih sayang kepada Penghulu Ummah, Sayyiduna Muhammad SAW yang merupakan nabi penutup akhir zaman dan rahmat ke atas seluruh alam.
Sesungguhnya umat Nabi Muhammad SAW ini dikayakan dengan tokoh-tokoh ulama’ yang hebat lagi faqih ilmu mereka. Merekalah inilah yang pernah disabdakan oleh Nabi SAW dengan ungkapan bahawa ulama’ itu adalah pewaris para nabi. Melalui ilmu mereka, umat Islam tidak terkapai-kapai mencari pedoman hidup tetapi sebaliknya umat Islam dipandu dengan sinaran ilmu yang mereka hasilkan sama ada melalui perkataan, penulisan serta akhlak mereka yang mulia ini.
Kitab Penawar Bagi Hati yang berada dihadapan para pembaca ini adalah karangan Al Allamah al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada zamannya. Semoga Allah merahmati dan menaikkan darjat beliau.
Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini.
Mudah-mudahan kita semua mendapat barakah dan hikmah melalui pembacaan kitab lama ini. Semoga ia benar-benar memberi bekas ke dalam hati kita yang sudah lama gersang dari erti cintakan Allah dan RasulNya. Ya Allah! Bantuilah kami memahami setiap sesuatu ilmu dengan makrifahMu. Amin.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Selamat membaca dan jangan lupa mendoakan penulis kitab ini.
Penerbit,
MAWLEED PUBLISHING SDN. BHD.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan