Dataran Merdeka Berselawat 2013

Dataran Merdeka Berselawat 2013

Ahad, 28 November 2010

Dua Pilar Hijaz

Dua Pilar Hijaz

Sejarah / Biografi

Buku ini menceritakan tentang sekelumit biografi dan perjuangan dua ulama besar Hijaz dalam mensyiarkan dakwah Islam. Mereka berdua merupakan rujukan dan tokoh sentral kaum Alawiyin. Mereka adalah al-Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad dan al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf.

Berdua mereka saling bahu-membahu dalam berdakwah dan membina umat di kawasan Hijaz dan sekitarnya. Mereka memiliki pengaruh yang sangat besar dalam dakwah Islam di berbagai belahan negeri di dunia, terutama di daerah-daerah primitif

Dalam berdakwah, beliau berdua mengedepankan akhlak dan budi pekerti yang luhur. Mereka sangat menjunjung tinggi ukhuwah Islamiyah, persatuan dan kesatuan umat. Mereka telah mendidik umat dengan sabar dan telaten, sehingga masyarakat kala itu dengan mudah dan lapang dada menerima apa-apa yang telah mereka ajarkan.

Buku ini juga dilengkapi dengan foto-foto ekslusif kegiatan-kegiatan dakwah mereka

Manakib 50 Wali Agung

Manakib 50 Wali Agung

Sejarah / Biografi

Buku ini terdiri dari 2 bagian. Bagian pertama menjelaskan tentang keutamaan surat fatihah, tajwidnya, terjemahnya, tawassul dengan surat al-fatihah dan doa Dzikrul Ghofilin. Kemudian dilanjutkan dengan barokah dan cinta terhadap wali dan sholihin.

Bagian keduanya membahas tentang manakib atau biografi 50 wali-wali agung. Mulai dari para sahabat nabi SAW, para wali pada masa tabiin, tabiit tabi'in dan seterusnya.

Siapakah mereka? bagaimana peran mereka? Apa peninggalan berharga mereka? Apa yang bisa kita petik dari perjalanan hidup mereka? Sangat menarik untuk kita disimak. 

Khamis, 25 November 2010

Hadrah Basaudan Plus Terjemah

Hadrah Basaudan Plus Terjemah

Wirid & Dzikir

Hadrah Basaudan adalah sebuah amalan dzikir yang telah dilakukan dan dicontohkan oleh para ulama terdahulu dan orang-orang yang shaleh pada tiap-tiap hari selasa.

Di dalamnya berisi puja dan puji kepada Allah SWT dan Rasul-Nya Muhammad SAW, serta berbagai bait-bait doa permohonan akan kebaikan, keselamatan, perlindungan, kemuliaan, pengampunan, ketenangan, dan lain sebagainya.

Dicetak di atas kerta HVS putih, dengan tulisan bahasa arab yang jelas dan rapi. Tiap-tiap bait langsung disertai dengan terjemahan bahasa Indonesia, sehingga bagi mereka yang tidak mengerti bahasa arab, bisa memahami dan menghayati kandungan bacaannya

70 Shalawat Pilihan

70 Shalawat Pilihan

Wirid & Dzikir

  • 70 Shalawat Pilihan
    70 Shalawat Pilihan
Harga Lama:Rp. 17.500,-
Harga:Rp. 14.000,-
 
Ingin bertanya?
Buku ini berisi 70 Shalawat Pilihan yang dinukil dari kitab-kitab klasik maupun kontemporer, lengkap dengan keutamaan dan riwayat penggunaannya. Inilah buku yang mesti dibaca oleh mereka yang ingin menambah wawasan dan memperoleh petunjuk atas Nabi SAW.

Rahasia 99 Asma’ul Husna – Nama Allah Yang Indah

Rahasia 99 Asma’ul Husna – Nama Allah Yang Indah

  • Rahasia 99 Asma’ul Husna
    Rahasia 99 Asma’ul Husna
Harga Lama:Rp. 17.500,-
Harga:Rp. 14.000,-
 
Ingin bertanya?
Telah sering kita mendengar Asma’ul Husna, bahkan mungkin menghafalnya. Namun, sedikit sekali di antara kita yang mengetahui kebesaran dan rahasia di balik keagungan “Nama-nama Allah yang indah” itu. Rahasia kebesaran makna Asma’ul Husna itulah yang berusaha diungkap banyak ulama Islam

Buku ini memuat penjelasan tentang tafsir masing-masing nama tersebut, sekaligus menjelaskan makna dan riwayatnya. Kedalaman ilmu penulisnya –seorang ulama terkemuka di Mesir- merupakan suatu jaminan bagi keistimewaan buku ini.

Isnin, 22 November 2010

Buku-buku terbitan Yayasan Sofa

Buku-buku terbitan Yayasan Sofa

AlhamduliLlah dengan izin-NYA, pihak Yayasan Sofa bermurah hati untuk melantik Al Sunnah sebagai salah satu wakil pengedar bagi buku2 terbitan mereka.

Buku-buku mengenai Aqidah

Karya-Karya Aqidah: Al Allamah Al Muhaddith Prof.Dr.Sayyid Muhammad ibn Álawi al Maliki al Hasani ra - Imam AHli Sunnah Abad ke-21 (dwibahasa: Arab/Bahasa Malaysia)
- disedia & dibentangkan oleh Syeikh Muhammad Fuád b Kamaludin Al Maliki
As Sofa Production RM15.00

Aqidah Islam
Syeikh Muhammad Fuád bin Kamaluddin al Maliki
AsSofa Production RM10


Bab Feqah
Laknat Melaknat dari Perspektif Islam
Hujjatul Islam Imam Abu Hamid al Ghazali
As Sofa Production

Siyadah
Syeikh Muhammad Fuád b Kamaludin Al Maliki
AS Sofa Production RM10.00

"Sesungguhnya segala yang datang dari seorang mukallaf samada perbuatan, perkataan mahupun i'tiqadnya, dan segala bersandarkan kepada hukum syara' yang telah diwahyukan. Begitu juga mestilah setiap manusia mendahulukan ilmu bagi apa yang akan dilakukannya sehingga harus baginya melakukan perbuatan yang hendak dilakukan.

Permasalahan siyadah bagi ALlah, Nabi SAW dan manusia yang lain adalah salah satu daripada permasalahan agama. Maka sesiapa sahaja yang hendak berbicara tentang hukum-hakamnya, mestilah mempunyai hujjah dan dalil yang membuktikan apa yang diperkatakannya. Sesungguhnya ALlah melarang kita daripada menisbahkan suatu perkara kepadaNYA tanpa berlandaskan ilmu

Isnin, 8 November 2010

Wakag Kitab


Sunday, August 22, 2010

Wakaf Kitab

Alhamdulillah, dua buah lagi kitab turats telah pun diulang cetak kembali, atas tujuan terdapatnya banyak permintaan terhadap karya ulama-ulama terkenal di alam Melayu itu. Kitab yang dimaksudkan adalah kitab (i) Munyatul Mushalli : Pengetahuan Sembahyang Masyhur karya al-'Alim Syeikh Daud al-Fathani, dan (ii) Faridatul Fara'id fi Ilmi 'Aqaid karya Syeikh Ahmad al-Fathani. 

Faridatul Faraid fi 'Ilmi 'Aqaid

Munyatul Mushalli : Pengetahun Sembahyang Masyhur

Adapun penerbitan kitab ini adalah berupa kitab wakaf, yang mana ianya akan diedarkan ke sekalian tempat-tempat pengajian sama ada di pondok-pondok pengajian, masjid, surau mahupun kelas-kelas pengajian yang mempelajari kitab-kitab tersebut. Alhamdulillah tahun-tahun sebelum ini sebanyak 25 ribu unit setiap kitab telah diwakafkan, sekaligus  habis diedarkan ke tempat-tempat yang dikenalpasti, yang bukan sahaja meliputi Malaysia, malah turut diedarkan ke Patani, Kemboja, dan Indonesia.

Seperti yang dimaklumi di atas, disebabkan kedua-dua kitab tersebut masih banyak permintaan dari pelbagai pengajian, maka untuk tahun ini kami mengulang cetak kembali sebagai usaha untuk memenuhi keperluan tersebut. Oleh itu, sempena di bulan yang penuh keberkatan ini, kami ingin war-warkan sekiranya Tuan-tuan / Puan-puan yang dihormati sekalian berhajat mahu mewakafkan kedua-dua kitab tersebut, boleh menghubungi kami seperti berikut :

No. Tel Pejabat : 03-6189 7231/
Abdul Halim : 013-3564496/
Azrul : 016-3520094

Untuk makluman juga, sepanjang bulan Ramadhan ini, kami  boleh diketemui di UIA, Gombak (dataran masjid) dan mengadakan jualan serta wakaf kitab, bermula 16 Ogos hingga 5 September ini. Potongan sebanyak 20% untuk kesemua terbitan Khazanah Fathaniyah  (kecuali kitab wakaf) sepanjang tempoh tersebut.

Selain itu, terdapat juga beberapa kitab lain terbitan Khazanah Fathaniyah yang dikategorikan sebagai kitab wakaf. Untuk selanjutnya, klik di sini.

Sekali lagi, selamat menyambut dan mengimarahkan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Sekian