Dataran Merdeka Berselawat 2013

Dataran Merdeka Berselawat 2013

Selasa, 28 Jun 2011

Jadual Program Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani

Jadual Program Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani

JADUAL MAJLIS TA’LIM AL-MUHADDITS SYEIKH MUHAMAD BIN IBRAHIM KITTANI AL-HUSAINI
29/6 (RABU) – 7.30pm – Masjid al-Falah, USJ
30/6 (KHAMIS) – 7.30pm – Masjid UIA (Matrikulasi), Petaling Jaya
1/7 (JUMAAT) Khutbah Jumaat – Masjid UIA Gombak
9.00pm – Pusat Pengajian Ba’alawi KL (Pembukaan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani)
2/7 (SABTU)
9.00am – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
7.30pm – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
3/7 (AHAD)
9.00am – Sambungan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani
7.30pm – Pengkhataman & Pengijazahan Bacaan Kitab 40 Hadith Kattani, Qasidah & Selawat
Pengajian Bacaan Kitab “40 Hadith Kattani” berlangsung di tempat yang sama di Pusat Pengajian Ba’alawi KL bertempat di No 9,Jalan UP 2A Prima Ukay, Saujana Melawati 53100, Kuala Lumpur

Isnin, 27 Jun 2011

Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9

Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9

Majlis Bersama Syeikh Muhammad bin Ibrahim al-Kittani di Masjid al-Falah, USJ9


MAJLIS BERSAMA AL-’ALLAMAH SYEIKH MUHAMMAD BIN IBRAHIM AL-KITTANI حفظه الله (ULAMA MESIR)
DI MASJID AL-FALAH USJ 9, SUBANG JAYA
PADA HARI RABU 27 RAJAB 1432/29 JUN 2011 (MAGHRIB)
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

Selasa, 14 Jun 2011

Terjemah Maulid Al-Barzanji {disertai Transliterasi - Arab Latin}

Terjemah Maulid Al-Barzanji {disertai Transliterasi - Arab Latin}

Surga dan kenikmatannya diperuntukkan bagi mereka yang selalu bershalawat dan memohon selamat serta berkah atas Nabi SAW. Seorang kekasih Allah yang nasabnya indah bak butiran permata, bagaikan mutiara berharga yang terpelihara.

Menjelang kelahirannya angin bertiup sepoi seolah rindu menyambut sang kekasih. Bumi-bumi yang gersang mulai tumbuh hingga subur akan beragam tanaman. Seluruh penghuni alam bersorak gembira akan kelahirannya.

Beliau saw lahir dalam posisi sujud, melambangkan keagungan dan ketinggian martabatnya. Kekasih Allah yang yang tinggi derajatnya melebihi seluruh makhluk di jagat raya.

Lantunan syair maulid al-Barzanji ini sebagai bentuk pujian atas kecintaan dan kerinduan kepada Nabi saw, namun tidaklah mengurangi keagungan sang Khaliq Allah swt, sebagai penciptanya.

Simtut Duror / Maulid al-Habsyi

Simtut Duror / Maulid al-Habsyi

Kitab Maulid Simtut Duror atau yang dikenal dengan Maulid al-Habsyi dikarang oleh al-Habib Ali bin Muhammad al-Habsyi. Kitab ini bertutur tentang sejarah hidup manusia nan agung, Nabi besar Muhammad SAW dalam bentuk syair dan bait-bait.  Kitab ini banyak diamalkan dalam setiap majlis-majlis kebaikan di seluruh penjuru negeri muslim.

Pada edisi khusus ini, selain dicetak dengan ukuran saku, tulisan arabnya nampak lebih jelas, juga disertai dengan text Indonesia (literasi). Sehingga memudahkan bagi mereka yang belum bisa membaca bahasa arab untuk ikut membaca dan menyimak.

Majalah Cahaya Nabawiy Edisi Mei 2011

Majalah Cahaya Nabawiy Edisi Mei 2011

Majalah Cahaya Nabawiy

Artikel Pilihan Edisi 94 / Mei 2011 :
 
Tajuk Utama : Pintu Tobat untuk Ahmadiyah 

- Telepon terakhir
- Kiat melestarikan pernikahan
- Bagaimana hukum Sate Kuda ?
- Menghitung karunia Ilahi
- Susahnya menjadi Ibu
- Makam Imam al-Bukhari: Ujian untuk sang maestro 
- Kegiatan Pendidikan di Yaman terhenti sementara
- Liputan dakwah : Benteng akidah di Sumbawa Barat

Bonus VCD : QOSIDAH PILIHAN HABIB SYEKH ABDUL QODIR ASSEGAF

Khamis, 9 Jun 2011

MALAM INI DI MASJID AL FALAH BERSAMA : al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته

Jadual terkini program Al-’Allamah al-Muhaqqiq al-Faqih al-Murabbi al-Habib Zein bin Ibrahim BinSumaith حفظه الله ومتعنا الله بطول حياته
Pada 13 Rajab 1432/15 Jun 2011 (Rabu) di Masjid al-Falah, USJ 9. Bermula Maghrib

Isnin, 6 Jun 2011

Terjemah Kitab Bulughul Maram - al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqalani

Terjemah Kitab Bulughul Maram - al-Hafidz Ibn Hajar Al-Asqalani

Kitab ini adalah salah satu karya fenomenal dari Imam Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani. Siapa yang tidak mengenal Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani? Beliau adalah seorang ulama besar, karyanya dibaca, dikaji dan dipuji oleh para ulama semua Mahzab . Karya beliau tidak pernah berhenti "dilahap" lembar demi lembar oleh para penuntut ilmu hadist.

Salah satu karya beliau yang fenomenal adalah "Bulughul Maram Min Jam'i Adillatil Ahkam". Di dalamnya memuat sekitar seribu lima ratus hadits hukum yang tidak pernah lepas dari kehidupan kaum muslimin hingga hari kiamat kelak.

Semua hadits yang dihimpun dalam kitab ini semua keluar mengalir dari hafalan Imam Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani tanpa beliau rujuk dari kitab aslinya subhanallah.. Kitab ini telah dijadikan kurikulum oleh madrasah-madrasah, disyarh oleh para ulama dan telah diterjemahkan ke berbagai bahasa di seluruh dunia.

Nasehat Agama dan Wasiat Iman – Al Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad

Nasehat Agama dan Wasiat Iman – Al Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad

Buku ini merupakan salah satu karya terbaik al-Imam al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad rahimahullah. Judul aslinya An-Nashaih ad-Diniyah wa ‘I-Washaya al-Imaniyah {Nasehat Agama dan Wasiat Iman}. Beliau telah menyusunnya persis seperti yang beliau katakan dalam pembukaan buku ini “Saya mencoba menyusunnya dengan ungkapan yang mudah dipahami awam, dan saya gunakan kata-kata yang ringan agar cepat dipahami dan ditangkap maksudnya oleh orang-orang khusus dan orang-orang awam dari ahli Iman dan Islam.”

Al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad melengkapi buku ini dengan hal-hal yang wajib diketahui oleh setiap muslim, misalnya yang berkaitan dengan aqidah {keyakinan} dan hukum, keluhuran budi pekerti dan akhlak terpuji yang harus kita teladani. Beliau juga menerangkan tentang kerangka dasar dakwah ke jalan Allah dan tata cara menunaikan hak-hak Allah yang diperkuat dengan dalil-dalil firman-firman Allah SWT, Hadist Nabi SAW dan pendapat para imam dan alim ulama 

Anwarul Sathi’ah - Kitab Kumpulan Wirid, Hizib dan Doa-doa

Anwarul Sathi’ah - Kitab Kumpulan Wirid, Hizib dan Doa-doa

Kitab ini berisi kumpulan wirid-wirid, hizib-hizib dan doa-doa yang sangat diperlukan sehari-hari. Kitab ini disusun oleh al-Habib Ahmad bin Husein Assegaf, pimpinan pondok pesantren Darul Ihya’. Kitab ini nampaknya kecil {ukuran saku} tapi isi dan manfaatnya Insya Allah luar biasa besar.

Berikut sebagian isi kitab ini: Wirdul Latif, Ratibul Haddad, Ratibul Attos, Berbagai macam hizib-hizib, Wirdun Nawawi, Wirid As-Sakran, Doa fajar, Doa sepertiga malam terakhir, Doa Asmaul Husna, Doa Syaikh Abubakar bin Salim, Doa al-Faqih Al-Muqaddam, Doa rezeki, Doa panjang umur, Berbagai macam shalawat nabi, Qasidah, Doa Adab Ziarah, Surat Yasin, Doa setelah membaca Yasin, Surat Waqiah dan doa sesudah membacanya, Surat Tabarak {al-Mulk} dan doa sesudah membacanya, Doa Terawih, Doa wahbah, Doa shalat terawih, dan Doa shalat witir.

Taqlid pada Imam Mujtahid (Madzab) itu wajib dilaksanakan bila kita tidak mampu berijtihad

Taqlid pada Imam Mujtahid (Madzab) itu wajib dilaksanakan bila kita tidak mampu berijtihad


Petikan di bawah di ambil dari Kitab Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu Asy Syariiata Al Islamiyyah karangan Dr Said Ramadhan al Buthi untuk berhujjah dengan Kitab Halil Muslimu Mulzamun Bittiba’i Mazhabin Mua’yyanin Minal Madzaahibil Arba’ah karangan Syeikh Khajandi (Muhammad Sulthan Al Ma’shumi Al Khajandi Al Makki) – ulama wahhabi terkenal yang juga guru besar Masjidil Haram yang telah menghukum bahawa mengikut mazhab itu adalah haram dan mempromosikan bebas mazhab (Alla mazhabiyyah)
Taqlid ialah mengikuti pendapat seseorang tanpa mengetahui hujah dan yang menunjukkan kebenaran pendapat tersebut. Dalam hal ini, tidak ada bezanya taqlid dan ittiba’ kerana kedua-duanya mempunyai erti yang sama.
Dalam al Quran, ALLah ‘azza wa Jalla menggunakan kata-kata ittiba’ sebagai pengganti kata-kata taqlid, sebagaimana firman -Nya yang bermaksud :
“(Iaitu) ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas diri dari orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa, serta ketika segala hubungan antara mereka terputus sama sekali. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti, “Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan berlepas diri dari mereka sebagaimana mereka berlepas dari kami…”
(Surah al Baqarah : 166-167)
Tidak ada keraguan lagi bahawa yang dimaksudkan ittiba’ dalam ayat itu ialah taqlid buta yang terlarang. Ada pun istilah yang anda (syeikh Khajandi) pergunakan membezakan erti taqlid dan ittiba’ dalam masalah ini, hanya ada dua alternatif iaitu :
Apabila anda (Syeikh Khajandi) mengerti dalil-dalil dan mempunyai kemampuan melakukan istinbath bererti anda adalah seorang mujtahid.
Tetapi apabila anda (Syeikh Khajandi) tidak mengerti dalil dan tidak menguasai cara-cara melakukan istinbath, anda adalah orang yang taqlid kepada mujtahid. Ada pun banyaknya lafaz dan istilah tidak akan mengubah kenyataan ini.
Kemudian, apakah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa taqlid itu wajib dilaksanakan bila kita tidak mampu berijtihad? Berikut ini kami (Prof Dr Muhammad Said Ramadhan al Buthi) tunjukkan dalil dari beberapa segi :
Pertama : ALLah subahanahu wa ta’ala berfirman bermaksud :
“Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui” – (Surah an Nahl:43)
Para ulama telah sepakat bahawa ayat itu merupakan perintah kepada orang yang tidak mengerti hukum dan dalil agar mengikuti orang yang memahaminya. Seluruh ulama usul telah menetapkan ayat itu sebagai dasar pertama untuk mewajibkan orang awam agar taqlid kepada mujtahid.
Semakna dengan ayat itu, firman ALLah subahanahu wa ta’ala yang bermaksud :
“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang beriman (mukmin) itu pergi semuanya ke medan perang. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka, beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya supaya mreka itu dapat menjaga dirinya?” (Surah at Taubah : 122)
Dalam ayat ini, ALlah ‘azza wa Jalla melarang semua orang pergi berperang dan melakukan jihad, tetapi memerintahkan agar segolongan dari mereka tetap tinggal di tempatnya untuk mempelajari ilmu agama sehingga bila yang pergi berperang telah kembali. Mereka akan mendapatkan orang-orang yang dapat memberikan fatwa tentang urusan halal dan haram serta menjelaskan hukum-hukum ALLah subahanahu wa ta’ala lainnya. (Al Jaami’ Li Ahkaamil Quraan Imam Al Qurthubu, Jilid VIII, hlmn 293-294)
Kedua : Adanya ijma’ yang menunjukkan bahawa para sahabat Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam tidak sama tingkatan ilmu dan tidak kesemuanya ahli fatwa sebagaimana dinyatakan oleh Ibnu Khaldun. Dan masalah agama pun tidak diambil dari mereka semua. Di antara mereka ada yang menjadi mufti atau mujtahid, tetapi jumlahnya sangat sedikit dan ada pula yang meminta fatwa dan menjadi muqallid yang jumlahnya sangat banyak.
Para sahabat yang menjadi mufti (mujtahid) dalam menerangkan hukum agama, tidak selalu menerangkan dalil-dalilnya kepada yang meminta fatwa. RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam telah mengutus para sahabatnya yang ahli hukum ke daerah-daerah yang penduduknya tidak mengenal Islam. Selain hanya mengetahui aqidah dan rukun-rukun sahaja. Kemudian para penduduk daerah tersebut mengikuti fatwa utusan RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam dengan mengamalkan ibadah dan muamalah, serta segala macam urusan yang ada sangkut pautnya dengan halal dan haram.
Apabila para utusan rasul menjumpai masalah yang tidak ditemukan dalilnya dari Al Kitab (al Quran al Karim) dan As Sunnah ((al Hadith Asy Syarif), ia melakukan ijtihad dan memberi menurut petunjuk dari hasil ijtihadnya. Selanjutnya, penduduk setempat mengikuti fatwa tersebut.
Imam al Ghazali RahimahuLLah dalam kitabnya Al Mustashfa pada bab Taqlid dan Istisfa mengatakan :
“Dalil orang awam harus taqlid ialah ijma’ sahabat. Mereka memberikan fatwa kepada orang awam, tanpa memerintahkannya untuk mencapai darjat ijtihad. Hal ini dapt diketahui dengan pasti dan dengan cara mutawatir, baik dari kalangan ulama mahupun awam.”
Imam Al Amudi berkata dalam kitabnya Al Ihkaam fii Ushuulil Ahkaam, :
“Adapun dalil taqlid dari segi ijma’ ialah orang awam pada zaman sahabat dan tabi’in, sebelum timbul golongan yang menentang, selalu meminta fatwa kepada para mujtahidin dan mengikuti mereka dalam urusan hukum syariat. Para ulama dari kalangan mereka dengan cepat menjawab pertanyaan-pertanyaan tanpa menyebutkan dalilnya dan tidak ada seorang pun yang ingkar. Hal ini bererti mereka telah ijma; bahawa seorang awam boleh mengikuti mujtahid secara mutlak.”
Dari kalangan sahabat Nabi sallaLLahu ‘alaihi wasallam, mereka yang tampil memberikan fatwa dapat dihitung jumlahnya. Mereka dikenal mempunyai kemampuan dalam hukum fiqh, riwayat, dan kemampuan istinbath (mengeluarkan hukum). Yang paling mahsyur di kalangan mereka ialah para Khulafa’ur Rasyidin (Abu Bakar, ‘Umar, Uthman dan Ali bin Abi Talib radiyaLlahu ‘anhum), AbduLlah bin Mas’ud RadiyaLlahu ‘anhu, Abu Musa al Asy’ari radiyaLlahu ‘anhu, Mu’az bin Jabal radiyaLlahu ‘anhu, Ubay bin Ka’ab radiyaLlahu ‘anhu dan Zaid bin Tsabit radiyaLLahu ‘anhu. Ada pun yang taqlid kepada mereka dalam mazhab dan fatwa, tidak terhitung jumlahnya.
Selanjutnya, pada zaman tabi’in daerah ijtihad semakin meluas. Pada masa ini kaum Muslimin tetap menempuh jalan yang sudah ditempuh oleh para sahabat. Hanya saja, ijtihad pada waktu itu bercermin (terpaku) pada 2 mazhab yang utama iaitu :
1. Mazhab ahli hadith
2. Mazhab ahli ra’yu
kerana adanya beberapa faktor yang telah kami sebutkan ketika menukilkan keterangan Ibnu Khaldun RahimahuLlah.
Tokoh-tokoh mazhab ahli hadith di Hijjaz ialah sa’id Ibnul Musayyab Al Makhzumi, Urwah Ibnul Zubair, Salim bin AbduLlah bin ‘Umar, Sulaiman bin Yasar, dan Nafi’ budak AbduLLah bin ‘Umar RadiyaLLahu anhum. Pada umumnya penduduk Hijjaz dan sekitarnya taqlid kepada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.
Adapun tokoh-tokoh mazhab ahli ra’yu di Iraq ialah AlQamah bin Qais an Nakha’i. Masruk bin Ajda’ Alhamdani Ibrahim bin Zaid An Nakha’i dan Sa’id bin Jubair RadiyaLlahu anhum. Sebahagian besar penduduk Iraq dan sekitarnya taqlid pada mazhab ini tanpa ada yang mengingkarinya.
Di antara tokoh kedua-dua mazhab ini terjadilah diskusi dan perdebatan hebat pada suatu saat. Tetapi di kalangan orang awam dan para penuntut ilmu yang tingkatannya di bawah mereka dalam urusan fiqih dan ilmu tidak mempedulikan perdebatan tersebut sebab mereka bebas taqlid kepada siapa sahaja yang mereka kehendaki. Diskusi antara para mujtahid tidak akan menjadi beban dan tanggungjawab bagi orang-orang yang bodoh (awam).
Sumber Rujukan : Dr Said Ramadhan Al Buthi, Alla mazhabiyyatu Akhtaru Bid’atin Tuhaddidu Asy Syarii’ata Al Islamiyyah.