Dataran Merdeka Berselawat 2013

Dataran Merdeka Berselawat 2013

Khamis, 31 Mac 2011

TERKINI! JADUAL PENGAJIAN DI PUSAT PENGAJIAN BA’ALAWI KL


TERKINI! JADUAL PENGAJIAN DI PUSAT PENGAJIAN BA’ALAWI KL BULAN APRIL 2011.

Isnin, 28 Mac 2011

Hukum Mengerakkan Jari Telunjuk Dalam Solat

Hukum Mengerakkan Jari Telunjuk Dalam Solat


  

Hukum Mengerakkan Jari Telunjuk
(Tahdzir al-Abd Awwah min Tharik al-Isbaa'fi al-Solah)
karya: Allamah Syeikh Dr.Hassan Ali al-Saqqaf al-Qurasyi al-Hasyimi
Penerbit: Zamihan Mat Zin al-Ghari
Harga: RM5.00

"Buku ini amat wajar dibaca. Ia membicarakan tentang permasalahan menggerakkan jari telunjuk ketika bertahiyyat di dalam solat. Ketentuan madzhab al-Syafi'ie ialah mengerakkan jari telunjuk sekali sahaja. Iaitu pada lafaz ALlah ketika mengucapkan kalimah (لاإله إلا الله). Manakala perbuatan sesetengah pihak yang mengerakkan jari telunjuk atau memutarkannya berkali-kali adalah makruh....

Indahnya Amalan Doa

Indahnya Amalan Doa

Indahnya Amalan Doa
Dato' Ismail Kamus
Telaga Biru Sdn Bhd
RM35.00

"Buku ini diterbitkan sebagai susulan kepada buku beliau Indahnya Hidup Bersyariat yang telah mendapat sambutan di luar dugaan daripada pembaca khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Doa adalah antara ajaran Islam yang terpenting yang menjadi tunjang atau tulang belakan kepada ajaran akidah Islamiah kerana rapatnya hubungan doa dengan kekuasaan ALlah SWT, Tuhan yang menjadikan dan mentadbir alam ini.

Doa boleh mengubah persepsi hidup seseorang insan daripada seorang yang lemah serta tidak berdaya maju menjadi seorang yang bermotivasi tinggi dan bekerja keras. Malah sebahagian daripada kejayaan yang dicapai oleh orang bukan Islam adalah daripada pegangan dan keyakinan doa yang mereka panjatkan kepada "Tuhan" mereka walaupun pada hakikatnya ALlah SWT jua yang menyempurnakan permintaan dan hajat 
mereka itu."

Kifayah al Muhtaj: Isra' dan Mi'raj

Kifayah al Muhtaj: Isra' dan Mi'raj


Kifayah al Muhtaj: Isra'dan Mi'raj
Al Allamah Sheikh Daud ibn AbduLlah al Fatoni ra
(terjemahan oleh al Faqir ilALlah al Ghani Syeikh Muhammad Fu'ad Kamaludin al Maliki)
Sofa Production  RM10.00

"Kandungan kitab yang masih memakai tajuk asalnya, Kifayah al Muhtaj ini, pada asalnya diterjemahkan oleh al Allamah Sheikh Daud ibn AbduLlah al Fatoni ra dari sebuah risalah yang bertajul al Ibtihaj fi al Kalam 'ala al Isra' wa al Mi'raj karangan al Allamah al Muhaddith al Musnid Najmuddin Abi al Mawahib Muhammad ibn Ahmad ibn Ali ibn Abu Bakar al Sakandari al Ghaiti yang wafat pada tahun 981Hijrah dan syarahnya, karangan Syeikh Ahmad Syihabuddin al Qalyubi."

Jumaat, 25 Mac 2011

Ebook “RATIB AL-HADDAD”

Ebook “RATIB AL-HADDAD”

Ebook “RATIB AL-HADDAD”
E-book ini berisi wirid Ratib Al-Haddad. Ratib Al-Haddad ini mengambil nama penyusunnya, yaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca ialah di kampung ‘Amir sendiri, iaitu di kota Shibam setelah mendapat izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas itu Ratib ini dibaca di Masjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah. Habib Ahmad bin Zain Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa kebezaan boleh didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan. Mudah-mudahan sesiapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah daripada bahaya dan kesusahan. Ameen.
Ketahuilah bahawa setiap ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah dipetik daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang dibuat di dalam ratib ini, adalah secara ringkas. Bilangan bacaan setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah bilangan ganjil (witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad sendiri. Beliau menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu secara istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat secara berkala atau cuai[1]. Ratib ini berbeza daripada ratib-ratib yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah.
Berikut ini ada beberapa alternatif untuk Download, Silahkan pilih:
1. Ratib Al-Haddad + Terjemahan Bahasa Indonesia (PDF) , KLIK DISINI!
2. Ratib Al-Haddad Full Bahasa Arab (PDF), KLIK DISINI!
3. Dzikir Ratib Al-Haddad 1.0 (Format Java Application, Demo Version), KLIK DISINI!
http://www.pustakaaswaja.web.id/2011/03/ebook-ratib-al-haddad.html

Isnin, 14 Mac 2011

Sebuah Buku Khas Buat Menyuluh Jalan Orang-Orang Keliru

Sebuah Buku Khas Buat Menyuluh Jalan Orang-Orang Keliru

Sebuah Buku Khas Buat Menyuluh Jalan Orang-Orang Keliru

Tulisan ini untuk memberitahu bahawa kita umat Islam kala ini berada di zaman moden yang dipenuhi bermacam-macam pandangan keliru dan palsu dalam hal keagamaan, yang dikemuka oleh kaum wahabi khasnya. Kemudian dicadangkan sebuah buku khas yang baru diterbitkan bagi menjelaskan segala kekeliruan dan kepalsuan.
Saya menyimpulkan, pembelajaran ilmu secara moden sebagaimana diamalkan di pusat-pusat pengajian saat ini lah yang menjahanamkan kesucian ilmu agama dengan cara peminggiran terhadap sistem belajar secara tradisional yang luhur dan menjurus intelek-rohani. Akibatnya lahirlah pelajar yang bodoh, berfikiran singkat, tak rasional, materialistik, lagi keliru dalam usahanya mempelajari ilmu-ilmu agama dan mencari kebenaran.
Maka dengan itu, zaman moden adalah zaman malap bagi aliran tradisional atau turath. Sebaliknya adalah zaman gemerlap bagi aliran wahabisme (baca:pembaharu kononnya) sebagai pencabar kewibawaan aliran turath (baca:kononnya aliran ‘lama’). Wahabi ini sangat popular hatta sampai ke telinga penduduk desa paling hujung apatah lagi manusia di tengah kota. Disebut-sebut namanya serata negeri. Lalu adik-beradik kita bertanya, siapakah wahabi?
Saya menjawab, kaum wahabi dilahirkan dari perut kebobrokan sistem pendidikan moden yang nilai-nilainya bertentangan dengan tradisi pemikiran Islam dan sejalan dengan nilai Barat. Berkali-kali diperingat, abad moden merupakan abad kebaratan dan Barat adalah musuh nyata bagi kaum muslimin sejak perang salib. Kaum Wahabi bukan tak tahu Barat itu musuh tetapi malangnya mereka tak sedar diri sendiri termangsa oleh sistem pembelajaran moden milik Barat. Ini mengakibatkan pemikiran mereka terbentuk oleh nilai-nilai Barat. Untuk saya inilah asal-usul Wahabi dan sebab utama mengapa ia bercambah seperti cendawan selepas hujan pada abad moden ini.
Asas-asas pemikiran golongan wahabi – yang bernilaikan Barat – yang merasuk minda mereka dikenalpasti sebagai : ‘setiap orang berhak ditolak pendapatnya dan diterima pendapatnya kecuali Rasul’ dan juga ‘setiap orang melakukan kesilapan kecuali Rasul’, dalam misi mereka menuju retorika yang tak kesampaian : ‘Manhaj Quran dan Sunnah’.
Bertolak dari situ, kaum wahabi cenderung menilai semula hukum-hakam yang diputuskan ulama tradisional sejak dahulukala lantaran keraguan melampau terhadap wibawa mereka (ulama tradisional). Wahabi tiada kenal hakikat ilmu dan hakikat ulama. Dalam berinteraksi dengan ilmu pengetahuan, mereka lebih mesra dengan perkataan dan lafaz, bukan makna bagi perkataan dan lafaz. Kata lainnya, pemaknaan terhadap nas adalah secara ala kadar. Atau pun, memahami nas secara kaku. Sebab itulah mereka begitu cemerlang memetik nas tertentu, pandangan ulama muktabar, nama kitab, nombor hadith dan darjat hadith tetapi tak berupaya mensyarahkannya dengan mendalam.
Ada banyak lagi aspek lain yang menunjukkan kecelaruan wahabi namun semuanya berpunca dari kesilapan menanggapi ilmu. Sebab itu saya sarankan mereka mengkaji dahulu ‘apa itu ilmu’ secara falsafah (mendalam) dan juga sistem pengambilan ilmu supaya mereka tahu budaya ilmu Islam itu bagaimana, budaya ilmu Barat bagaimana.
Kaum wahabi yang keliru itu, mengelirukan pula umat dengan mempromosi pendapat-pendapat baharu dan ‘moden’ hasil pemikiran celaru mereka. Umat Islam mula mempertikai sesama sendiri dan was-was untuk melakukan amalan agama yang menjadi kebiasaan. Maka perpaduan umat beransur tiada manakala kebudayaan dan jatidiri masyarakat Melayu terhakis.
Ke hadapan umat yang dukacita dikelirukan oleh wahabi, Al-Fadhil Al-Ustaz Muhadir Joll persembahkan buku khusus bertajuk ‘Persoalan Khilafiyyah dan Penjelasan Ulama – Inilah Jawapannya’. Ia hadir sebagai sebuah ensiklopedia setebal hampir 1000 mukasurat menghimpun soal-jawab 179 masalah yang sering dibangkitkan dalam masyarakat melengkapi dimensi agama yang tiga iaitu akidah, ibadah, dan akhlak. Selain itu disertai juga panduan untuk mendepani masalah khilafiyah.
Penjelasan oleh buku ini detil berakarkan pemikiran Islam yang asli, bergaya moden, dan sesuai untuk sesiapa yang tulus mencari kebenaran. Buku ini membuktikan keulungan Al-Fadhil sebagai mewakili ulama aliran tradisional yang hidup dalam lingkungan kemodenan.
Buku ini adalah rujukan tuntas dan meyakinkan apabila berhadapan masalah khilafiyyah. Khilafiyyah bermaksud perkara yang tidak disepakati hukumnya dikalangan ulama – pada hari ini terlalu kerap muncul di ruang awam. Contohnya, melakukan tahlil sempena kematian. Lantaran itu lah ia menjadi sangat penting untuk dimiliki setiap orang. Paling memerlukannya adalah golongan pelajar kerana mereka ini paling lantang berbicara soal khilafiyah.
Saya bukanlah berhasrat untuk lebih-lebih mencanangkan kehebatan buku ini atas tujuan komersial. Nak buat apa? Sebaliknya ini atas tujuan perjuangan mentuankan kembali keluhuran keilmuan Islam yang ditandai oleh ulama tradisional. Juga insha Allah sebagai cahaya menyuluh jalan orang-orang yang mengelirukan dan dikelirukan.
Kata-kata akhir saya : kita meraikan berbilangnya pandangan namun ketahuilah kebenaran itu jumlahnya tetap satu tidak berbilang. Kita tidak meraikan semua pandangan, kita hanya meraikan pandangan yang matang kerana mana mungkin pandangan seorang anak kecil diraikan.
sila klik pada gambar
*klik sini untuk maklumat seterusnya tentang buku
*Pelajar Darul Quran yang nak beli boleh maklumkan kepada ana 0136247915

Ahad, 13 Mac 2011

Doa untuk Arwah Ibu Bapa

Doa untuk Arwah Ibu Bapa

Doa untuk Arwah Ibu Bapa
~Buatlah Yang Terbaik untuk Mereka yang 
Telah Menjagamu dengan Penuh Kasih Sayang~
Ust.Ahmad Lutfi b Abdul Wahab al Linggi
Mawleed Publishing   RM15.00

"Ya ALlah! Ampunilah dosa kami dan kedua ibu bapa kami dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasuh dan mengasihi kami semasa kami masih kecil dan seterusnya, ampunilah dosa sekalian orang-orang Islam dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia dengan rahmat Engkau, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya ALlah! Sesungguhnya kami memohon pemeliharaanMu dan kami menyerahkan kepadaMu agama kami, diri kami, keluarga kami, anak-anak kami, harta-harta kami dan segala yang telah Engkau kurniakan kepada kami.
RasuluLlah SAW bersabda, "Apabila seorang manusia mati maka pahala amalnya akan terputus kecuali tiga perkara, dari sedekah yang mengalir pahalanya, atau ilmu yang bermanfaat, atau anak-anak soleh yang mendoakan kepadanya".

Kifayah al Muhtaj: Isra' dan Mi'raj

Kifayah al Muhtaj: Isra' dan Mi'raj


Kifayah al Muhtaj: Isra'dan Mi'raj
Al Allamah Sheikh Daud ibn AbduLlah al Fatoni ra
(terjemahan oleh al Faqir ilALlah al Ghani Syeikh Muhammad Fu'ad Kamaludin al Maliki)
Sofa Production  RM10.00

"Kandungan kitab yang masih memakai tajuk asalnya, Kifayah al Muhtaj ini, pada asalnya diterjemahkan oleh al Allamah Sheikh Daud ibn AbduLlah al Fatoni ra dari sebuah risalah yang bertajul al Ibtihaj fi al Kalam 'ala al Isra' wa al Mi'raj karangan al Allamah al Muhaddith al Musnid Najmuddin Abi al Mawahib Muhammad ibn Ahmad ibn Ali ibn Abu Bakar al Sakandari al Ghaiti yang wafat pada tahun 981Hijrah dan syarahnya, karangan Syeikh Ahmad Syihabuddin al Qalyubi."
"

Majalah Al Kisah Terkini

Majalah Al Kisah Terkini